Tips Membeli Secara Online

Hurmm, sebenarnya ramai orang yang tak percaya dengan belian secara online ni. Sebabnya takut kena tipu. Yupz, betul tuu. Aku dulu2 pun takut kena tipu kalau beli secara online nih. Yela kan, dah la duit kena kebas, barang pun tak dapat. Hampehhhhhhhh. Baru-baru nih kawan adik aku nak beli henset dalam RM700++ tak silap aku. Tapi malangnya yang sampai hanyalah KOTAK TISU. Budak nih beli kat mudah.my. Sebenarnya aku tak berapa nak percaya sangat kalau beli kat mudah.my nih. Sebab dah ramai orang kena tipu. Paling teruk yang aku pernah tengok, kena tipu pasal RUMAH. Duit semua bayar dah tapi tuannye lesap, rumah yang diorang nak beli tuu BERKUNCI. Hmmm, tak baik buat orang macam tuu. Tak berkat hidup kau, wahai penipu. Tapi tak semua kat mudah.my tuu tipu erkk. Nih sebahagian je okehh. Aku pun kesian jugak dekat kawan adik aku tuu, tunggu punya tunggu sekali yang sampai KOTAK TISU, bukan HANDSET. Tak pe la adik, bersabar je lahhh.

Ok, berbalik kepada tajuk diatas, aku ada beberapa tips belian secara online. Setakat nih, dah 6 hingga 8 kali aku beli secara online. Alhamdulillah, barang sampai dengan selamatnya dan tiada penipuan. Tips nih berdasarkan pengalaman aku okehhhhhhhhhhhh....

1) Penjual tu WAJIB ada FACEBOOK. Sebab dekat facebokk tuu macam2 kita boleh dapat maklumat. Biasanya aku akan tengok TESTIMONI/FEEDBACK dari customers diorang. Kalau ramai yang kata "service ok", "barang sampai dengan selamat", "berpuas hati dengan barang tuu". Ok......Aku percaya dan aku beli !! HAHA..

2) Penjual tu WAJIB ada no.phone. Ade sesetengah penjual yang aku tengok, dia xletak pun no.phone dia dekat fb, blog atau mana2 je laa. Mungkin diorang tak tipu tapi AKU TETAP TAK PERCAYA......................

3) Yang ni pendirian aku la erk. Aku tak suka penjual yang tak mesra pelanggan. Elok2 aku nak beli terus tak jadi nak beli. Cari yang lain je laaaaaaa..............HAHA !!
Okeh, tu je tips yang aku guna masa aku nak beli secara online. Kalau ada tips2 yang lain boleh laa share erkk. Jangan malu, jangan segan. hikhik.
::..WASSALAM..::

::..Terima Kasih..::

Comel Tak Birthday Kami?

Haaaa, kali ni aku nak citer pasal birthday adik-beradik aku. Mula-mula aku tak amek tau jugak pasal ni tapi tetiba je tergerak hati nak kaji birthday kami adik-beradik. Adik-beradik aku ada 7 orang semuanya. 3 lelaki dan 4 perempuan. 


Ok, kalau nak ikutkan bulan :
= Pasangan May - Hazirah dan Haziq
= Pasangan September - Hafifah dan Hafizul
= Pasangan Disember - Halimatul dan Hanif
= Mac - Aku (takde pasangan) haha


Kalau nak ikutkan hari pulak :
= 20 dan 21 - Hafizul dan Halimatul
= 24 dan 25 - Hazirah dan Hanif
= 28 dan 29 - Hafifah dan Haziq
= 15 - Aku (takde pasangan jugak) haha


Nampak tak? Semua adik beradik aku ada pasangan nya tersendiri. Aku je takde pasangan. Keseorangan. Haha. Bedal kek pun sorang2. Ahaks. Hebat betul apa yang telah Allah aturkan. Menakjubkan! 

::..Terima Kasih..::