Fenomena "Big Bang"

Tetibe hari ni rajin pulak nak update blog .. hehe .. erm, hari nih aku nak bercerita pasal FENOMENA "BIG BANG" .. Sebenarnya aku suka sains lagi2 pasal kat angkasa .. begitu unik nya ciptaan ALLAH .. dan aku juga suka baca buku2 yang berkaitan dengan sains dan Al-Quran .. Al-Quran telah membuktikan segala-galanya .. ok, malas nak membebel pepanjang .. mari kita baca ini cerita ^_^    :

Konsep penciptaan alam yang diterangkan oleh para saintis (astrofizik) diterima oleh umum, dan ia dinamakan sebagai fenomena "Big Bang". Ia pula disokong oleh hasil-hasil pemerhatian yang logik dan eksperimen-eksperimen tertentu yang dilakukan oleh saintis sejak berkurun yang lalu. Menurut fenomena tersebut, seluruh alam ini dulunya berasal dari satu kumpulan jisim (Primary Nebula). Kemudian berlaku pepecahan padanya (Secondary Separation) yang menyebabkan kejadian seluruh galaksi ini. Kejadian ini menyebabkan terbentuknya bintang-bintang, planet-planet, matahari, bulan dan lain-lain. Asal kejadian alam ini sangatlah unik dan kebarangkalian alam ini terjadi dengan sendirinya adalah ternafi (dengan sendirinya). Terdapat dalam Al-Quran beberapa ayat yang menceritakan asal kejadian alam ini, antaranya :


Ertinya : "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak
mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya
dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan
antara keduanya" ...  [Surah Al-Anbiyaa' : 30]

                                     

Sekali lagi, persamaan antara maksud ayat Al-Quran di atas dan fenomena "Big Bang" adalah sangat jelas dan tidak dapat dinafikan lagi. Fikirkanlah bagaimanakah satu kitab yang diturunkan 1400 tahun dahulu mengandungi fakta saintifik yang begitu hebat !



::..Terima Kasih..::

2 comments :

  1. Menarik. Selamat berkenalan cik hijau. =)

    ReplyDelete
  2. selamat berkenalan juga cik lala ;)

    ReplyDelete